Thursday, October 21, 2010

Email Penting untuk semua mahasiswa!!!


Disebabkan kemelut yang melanda di UTePi, skuad PTL telah mengambil inisiatif untuk mengutus emel ke pihak atasan U. Emel tersebut adalah untuk bertanyakan mengenai status2 beberapa perkara yang memusykilkan. 

Selepas 2 hari, pihak U telah meng-reply emel kami.

 

Emel tersebut telah di copy paste kan di sini untuk tontonan umum. Seswai untuk golongan masyarakat yang ceria. Yang emo sila tukar rancangan. 

 ___________________________________________________________________________________________


Kehadapan saudara -----------------. Diharapkan agar saudara berada dalam keadaan baik-baik sahaja di sana. Tujuan saya mengutus email  ini adalah untuk menjawab pertanyaan saudara mengenai status unibercity kita.

 

LATIHAN INDUSTRI (Internship) 

Berkenaan dengan perkara ini, pihak U terpaksa memendekkan jangka masa Internship kepada 6 bulan bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak. 2 bulan lagi akan ditukar kepada Kueh Bulan. Jadi, pelajar harus menamatkan 6 bulan internship dan makan 2 kueh bulan bagi mendapat 14 credit hour.

 

SUBJEK TAMBAHAN

Bagi memenuhi credit hour, beberapa subjek tambahan akan diwujudkan dan diwajibkan. Antara nya ialah subjek 'photoshop'. Ini amat penting bagi memastikan gambar yang ingin disiarkan di-edit dahulu agar dapat mengaburi mata pihak luar. Contohnya, menambah elemen-elemen salji bagi memastikan gambar di dalam kampus kelihatan seperti di oversea dan bolehlah menghantar salam perantauan. 

 

PENAJAAN (Scholarship)

Pihak-pihak penaja telah mengutarakan rasa tidak puas hati. Mereka menginginkan meraka dilayan seperti penaja-penaja yang lain. Oleh itu, setiap pelajar harus memakai jersey sponsor masing2 (ala-ala bola sepak, ade tulis besar nama penaja).

 

ANUGERAH CHANCELLOR

Mulai konvokasi (convocation) tahun hadapan, anugerah chancellor akan ditukar ke anugerah 'cancel-ler'. Pelajar yang namanya paling banyak di-cancel kerana tidak hadir ke test dan class akan dinobatkan sebagai penerima anugerah.

 

DEAN'S LIST AWARD

Dean's List untuk mereka yang mendapat CGPA 3.5 keatas. Bagi yang mendapat 2.5 kebawah, mereka akan diletakkan di dalam Sar-dean's (sardin) list. Mereka tidak dibenarkan memakan selain sardin sehingga mencapai keputusan memuaskan. 


TRISEM

Perkara ini sememangnya adalah satu salah faham. Yang dimaksudkan oleh pihak U ialah try-sem, bukannya trisem. Ini bermakna semester percubaan akan diberikan. Ini adalah seperti demo version, dimana student dapat try dahulu belajar disini sebelum membuat keputusan mahu masuk atau tidak.

  

Diharapkan dengan jawapan ini, tidak akan berlaku lagi salah faham dalam kalangan mahasiswa sekalian. Semoga kite berusaha memastikan U kita sentiasa ulung di mata dunia.


Regards, 

-----------

nuclear REacTOR of Universiti Toronto Perak


 

6 comments:

Anonymous said...

Posted at 6.41am tu~

Unknown said...

lawak seyh.
pakai baju sponsor g kelas.
cool~~

Anonymous said...

basi~~

كتكوت said...

mongok..hahahaha

Amin Baek said...

pakai jersey eh??
kah3..nice 1..

z.a.z said...

haha.. nice2!